Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,580
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Egann 9

SUHU yang gila punya sejuk masih gagal dibiasakan oleh pemilik kulit garisan khatulistiwa. Hari ini, dia kesejukan lagi tanpa gagal walau sudah dibungkus dengan pakaian tebal. Baik dari kepala, telinga, leher, tubuhnya, tangan dan seluruh kaki. Yang nampak hanya rambut dan muka. Kulit cerah Syafik ketara merahnya, begitu juga dengan pipi. Hingus pun hampir beku bila keluar walaupun cair di dalam hidung tanda dia masih hidup kerana tubuh masih mampu mengeluarkan suhu badan sendiri.

Berapa tahun agaknya dia kena hidup di sini untuk membiasakan diri dengan suhu ini? Tapi duh, siapa yang cakap nak hidup kat sini? Obviously dia kena balik Malaysia sebelum sesi persekolahan untuk tahun baru bermula! Saiful menjadi calon SPM, dan dia kena cari kerja.

Syafik melepaskan nafas perlahan. Kaki melangkah perlahan, melewati ruang wad hospital besar itu. Masyarakat barat sibuk dengan urusan masing-masing, tidak kira si pesakit, jururawat mahupun doktor. Dia tidak ambil kisah. Langkah diteruskan ke wad persendirian ayahnya.

Sudah dua hari mereka di sini, juga bermaksud sudah dua malam tidur di negara berudara sejuk macam ais ini. Layanan yang diterima dari keluarga ayahnya boleh diagak. Dingin macam cuaca musim sejuk ini. Hanya sebab mereka anak keturunan melayu, dan bukannya orang barat asli seperti mereka walaupun sama-sama bermata biru, layanan dianaktirikan itu cukup terasa. Mat saleh celup, tidak diterima sebagai melayu dan tidak juga diterima sebagai orang Barat. Sedih. Saiful walaubagaimanapun, tidaklah terkejut sangat. Mungkin adiknya juga boleh mengagak perkara yang sama.

Hah. Aku tak sabar nak balik Malaysia.

Dia sudah sampai di wad ayahnya. Si ayah ini pun sudah lama sedar dari koma yang sementara, dan ketara sangat riak terkejutnya bila mereka adik beradik datang melawatnya semasa hari pertama dahulu. Syafik tiada alasan dan tiada jawapan yang boleh diberikan bila ditanyakan kenapa datang, tetapi bila Saiful menjawab yang mereka cuma datang untuk melawat, ayahnya menangis! Sungguh, dia terasa sendinya berkarat dan hampir rosak ketika itu juga. Mana pernah melihat orang tuanya menangis… lagi-lagi dengan alasan anaknya datang melawat di hospital. Apa dia yang sentimental sangat sampai tahap mengalirkan air mata…?

Tapi rasanya Syafik boleh faham sentimental value yang dirasakan ayahnya, sebab dia sendiri juga rasa nak menangis bila melihat air mata si ayah itu. Hati mula mempersoalkan tingkah akal ketika itu juga. Kenapa sebenarnya dia datang ke sini? Bukankah memang untuk melawat lelaki Scottish-American itu? Risau yang dirasai sejak menerima berita ayahnya dimasukkan ke dalam hospital sebab darah tinggi bukannya sesuatu yang dia boleh tipu. Tipu Saiful tak apa, tapi menipu diri sendiri?

Memang mengarut.

Baju sejuk tebal dan mafela ditanggalkan dari tubuh. Bilik ini dah cukup hangat dengan heater yang disediakan, dan boleh berT-shirt cuma. Hari ini Syafik datang tanpa Saiful, dan dia rasa cukup bernasib baik sebab si ayah itu sedang tidur. Akhirnya dia boleh buat kerja sendiri tanpa perlu bersikap janggal bila berdua dengan Ian. Lalu kerusi ditarik dan duduk di sebelah tiang air di sebelah katil itu. Mata biru kilatnya merenung mata yang terpejam ringan. Hati turut tenang melihat lelaki tua ini sedang tidur dengan tenang.

I forgot to tell you… makcik kirim salam.” Perlahan dituturkan.

Masa berlalu. Syafik membuang masa dengan bermain permainan di dalam telefon bimbitnya sebelum dia dikejutkan dengan kedatangan Saiful. Terkebil-kebil si abang, melihat adiknya memunculkan diri di sebalik pintu. Sengih di bibir itu nampak menyakitkan hati bila direnung betul-betul.

I knew it. You were here.” Baju sejuk ditanggalkan dan digantung pada cangkuk di belakang pintu.

Syafik mengerutkan dahi. “Apa maksud kau you knew it?’”

Saiful tersenyum saja, lalu mendekati abangnya. Wajah si ayah yang tidur direnung. “Lama ke ayah dah tidur?”

Well, sejak abang datang dia dah tidur dah.”

“Hmm… abang buat apa kat sini sengsorang dan tinggalkan Saif kat rumah?” soalnya pula, duduk di sebelah abangnya itu. Syafik tidak menjawab, kembali merenung game yang dihentikan. “Escapism?”

You’re telling me.” Mata dijuling ke langit.

Tersenyum kecil. “Do you found it then? The calm.

No.” Berkerut mukanya, menoleh. Saiful meleret bibirnya, bersahaja.

“Jadi kenapa ke sini?”

“Kau pula kenapa ke sini?”

“Cari abang.”

“Dah jumpa ni nak buat apa je?”

“Tanya abang kenapa datang ke sini.”

Terdiam Syafik, manakala Saiful kekal tersengih.

“Cakap je la risau kat ayah. Suka sangat tipu diri sendiri.”

Mencemik si abang itu dibuatnya, lalu bersandar. “Tidak. Abang cuma penat berjalan-jalan. Malas nak balik ke rumah tu, abang datang la ke sini.”

Saiful pula yang terdiam, lalu dia menundukkan kepala. Si rambut panjang itu menoleh, sedikit pelik.

“Kenapa?”

“Tak… Saif ada dengar pasal tu…”

“Pasal tu?”

“Yep. Pasal tu.” Dia menoleh, menentang wajah abangnya. “Pasal abang dijadikan CEO dalam sebuah organisasi alat muzik.

Senyap. Bilik itu cukup hening bila ketiga-tiga manusia tidak menuturkan kata. Bila pendengaran diteliti, cuma bunyi dari heater yang kedengaran. Syafik terkelip-kelip dengan muka berkerut. “Apa?”

Saiful menjungkit bahunya. “Auntie Auny yang cakap. She defy her own statement, though. Weird.”

Senyap lagi. Syafik tidak tahu nak membalas apa, manakala si adik itu mendiam cuma. Lambat-lambat, dia menoleh. Mulut menutur kata-kata, perlahan.

“Saif dah tau kenapa kita diasingkan dari keluarga itu…”

“Kenapa?” soalnya dengan suara keras. Mula terasa nak marah.

“Sebab ayah wasiatkan hampir semua hartanya pada kita…”

Boom!! Darah mendadak menyirap ke kepala. “Apa maksud kau wasiat?!!” Mendadak juga suara Syafik naik. Meletup. Saiful menoleh terperanjat. “Ian masih hidup! Kau tengok mesin ECG tu. Talian hayat dia masih bengkang bengkok buktikan dia masih hidup!!” ujarnya tegang. Dada dah turun naik dengan oksigen. Deras sekali.

“Saif tak cakap yang ayah dah mati…” balasnya lambat-lambat.

Terdiam. Syafik terkelip, terkedu dengan diri sendiri. Ha’ah kan? Dahinya ditepuk sebelum muka diraup. Terasa rimas pula dengan sikap perengus diri. Cepat sangat fikir yang bukan-bukan tanpa berfikir panjang. Aku ingatkan aku lelaki yang sepatutnya ada sembilan akal….

Saiful tersenyum kecil. Terasa kelakar sedikit. “You were concern about daddon’t you?”

No…” Tangan yang meraup muka lalu dijatuhkan. Pandangan tajamnya dihala pada ayah yang terbaring itu. “I’m just afraid you’llwe’ll be orphans.”

“Hm. Excuses.” Saiful tersengih cuma. Syafik tidak beriak. Dan terkedu keduanya kemudian, bila tiba-tiba tubuh yang terbaring di hadapan bangkit. Duduk. Syafik senyap, terkejut. Saiful sama senyap, terkejut. Ian menoleh.

“Sejauh mana kamu tahu mengenai wasiat ayah, Dour?”

Saiful terkelip-kelip. Syafik pula memicing. “It’s rude to eavesdrop.”

Ian menoleh pada anak lelaki sulungnya itu, lalu bibir menguntum senyum. Tersentap si mata galak itu dibuatnya, lalu pandangan dikalihkan ke lain. Ego terasa sedikit sengal. Kenapa pula nak senyum-senyum. Heh! Lelaki setengah abad itu kembali pada anak keduanya pula.

How far did you find out?”

“Erm… about big bro was planned to become the commanding chief executive…”

Bullshit.” Syafik membantah. Ayahnya dipandang kemudian. “Kalaulah itu betul, change that.”

Lelaki barat itu cuma tersenyum. “Itu optional sebenarnya. Kalau kamu tidak mahu, the authority falls toDour automatically…”

Perlahan-lahan riak Syafik menegang dan memerah. Tanda darah naik ke kepala. Belum berasap dan mencapai takat didih lagi, maka masih boleh dikawal. Jangan risau.

Saiful memandang ayahnya dengan muka terperanjat. “Apa?”

Wajah anak keduanya itu direnungnya redup. “This is all I can do for you, for all the years that I left youas a father…”

Syafik bangkit dari duduk. Deras sekali hingga terjatuh kerusi yang diduduki. Ian dan Saiful menoleh terperanjat. Si abang itu pula masih merenung ayahnya dengan pandangan membara dan kepala berasap. Hatinya meruap dengan amarah. Jiwa mudanya terlalu mudah meribut! Lagi-lagi bila mendengar jawapan itu.

Bukannya harta dan kedudukan yang mereka nak dari seseorang yang bergelar ayah lagi-lagi selepas bertahun-tahun ditinggalkan bukannya kedudukan bukan duit tetapi kasih sayang…. Why won’t you understand that Ian…?

Lidah terlalu kelu untuk berkata-kata dan menyampaikan isi hati itu. Empangan sabarnya hampir pecah, lalu dia berkalih cepat. Baju sejuk dan mafelanya dicapai.

“Abang!” Saiful nak menahan lekas, namun Syafik dah pun keluar dari pintu itu tanpa menoleh ke belakang lagi.


KORN – Alone I Break bergema dari handphonenya. Leceh. Terlupa membawa earphone, maka terpaksa lagu heavymetal itu dipasang kuat-kuat buat halwa telinga sendiri.

Tu la kau Syafik. Bila tengah mental, dengar pulak lagu yang macam ni. Sebab tu mood swing kau tak menentu dan tidak pernah nak baik. Kerja nak marah-marah je memanjang.

Abih nak dengar lagu apa?

Pasang la lagu yang menenangkan sedikit….

Heavy metal never forsaken me.

What does?

Nafas dihembus. Sedikit keras. Enggan mempedulikan bicara hati yang mula nak menyibuk pada diri sendiri, pandangan mata dijatuhkan pada kumpulan kanak-kanak yang bermain snowball fight. Orang ais pun ada dimana-mana di taman yang putih dengan salji itu. Syafik mengangkat keningnya. Cantik. Tiba-tiba teringat pada Elisa.

Apa akan jadi kat dia kalau Saiful terpaksa kerja kat sini? Apa akan jadi kat dia kalau Saiful tak balik ke Malaysia? Macammana dengan Nawal? Apa Irfan akan buat pada jirannya yang pendek akal itu?

Damn…” Dia mendesis. Jadi CEO? Dalam usia yang tak sampai pun 20 tahun? Gila tak gila, memang itu idea gila. Apa si kepala gila tu fikirkan dengan meletakkan anak-anaknya yang belum cukup gila ke dalam rancangan gila? Nak lahirkan generasi gila seperti dia?

“Kenapa aku stranded kat tempat yang macam ni…?” Mulut bertanya kemudian. Lagu sudah dihentikan, dan kedua belah lengannya disandarkan di atas lutut yang tegak berdiri di atas tangga di taman itu. Syafik mengelamun di situ, membayangkan dirinya balik ke Malaysia dan menikmati air kelapa di tengah panas….

Mannequin – Katy Perry bergema. Ah, ringtone-nya. Skrin dilihat. Nombor yang tidak dikenali sedang mengetuk pintu talian berupa alunan lagu. Syafik mengerut dahi, ragu-ragu nak menyambut.

“Hello?”

“Egann. Its dad.” Suara Ian kedengaran. Syafik mengerut dahi. “I called you using the hospital’s linebecause I don’t want Dour to hear this conversation. About that willplease. I need you to accept it.”

Kerut wujud di dahi licin. “Give me reasons.”

Because I don’t wantDour to inherit my company. I will respect your will. I will ignore your lil’ bro, but to do that, I need you, Egann.”

Tell me how did you get us in this mess!” Suara dah mula nak meninggi.

It’s a bet.” Ayahnya membalas pantas. “I need an heir for my company, or else the organisation will fall to the hand of stockholders. You will be provided education in management. You will provided with education in music. You will be my successor, and since I only have you and Dour, it’s a choice, Egann. And you know how much you againstDour to get involve with me.”

Syafik terdiam. “Macammana dengan option ni? You’ll leave your company for good, and us three leave this God forsaken place and we can live our life in that tropical nation. Happily ever after.”

Its either you or Dour. Choose.”

Mentah-mentah pendapatnya langsung tidak diambil kira. Bahkan, nak dijadikan satu topik perbincangan pun ayahnya enggan. Syafik mendengus. “Screw you.”

I’ll ask him, then.” Talian dimatikan.

Mata Syafik membulat besar. “Darn that old man!!” Butang hijau ditekan lagi. “Ian!!” jeritnya bila talian bersambut.

“Err… I’m sorrybut this is Mount Auburn Hospital. May I help you?”

Mata dibulatkan sebulat-bulatnya. “Roast thatIan patient of yours to crisp!!” Butang merah ditekan seperti menekan paku tekan ke kayu lembut. Syafik mendengus kasar. Kata-kata Ian difikirkan, dan personaliti lembut Saiful difikirkan. Tak mungkin… Saiful akan menolak…. Kalau Saif stay di siniNawal akan lonely. Saif akan busy. Life diarugi!!

“Graaahh…!! I hate that guy…!!’ Tubuh dikalih lalu sepantas kilat dia memecut berlari ke hospital dimana ayahnya diwadkan.


I’LL do it.” Dengan penuh azam persetujuan itu dibuat. Mata biru kilat milik Syafik nampak bercahaya, menentang mata biru kilat milik ayahnya di katil, dan milik beberapa orang dewasa lain yang ada di situ. Ian tidak beriak, dan pandangan mata anak sulungnya dibalas dengan tenungan kosong. Syafik pula enggan kenal kumpulan lelaki itu ialah siapa. Apa yang diketahuinya, mereka ialah manusia berpangkat tinggi di syarikat milik ayahnya.

Saiful menggelengkan kepala di belakang. “I don’t like thisI don’t like this at all.” Belakang tubuh abangnya yang berdepan dengan sekumpulan orang dewasa bersuit dan segak itu dipandang. “Abang cakap abang takkan nak ikut cakap ayah, tapi kenapa tiba-tiba…”

You’ll teach me, right?” Bicara Saiful dipotong, bahkan tidak dilayan. Syafik menentang pandangan mata ayahnya tajam. “You’ll teach me the job spec, kan?”

“Yeah… sure do…”

“Abang!” Saiful menaikkan nadanya. Keras. Dah mula nak marah. Syafik menoleh ke belakang kemudian, lalu mendekat dan menepuk bahu adiknya sebelah.

“Kau balik la ke Malaysia…”

Berkerut seribu dahinya. “Jangan nak arah Saif apa-apa. Kenapa abang tiba-tiba nak bersetuju…”

“Kau balik la Saif. Cuti sekolah dah nak habis kan.” Memotong.

Deras udara keluar dari celah giginya. Mendesis. “Abang ni kenapa?”

I’ll stay here. Abang kena ganti tempat ayah…”

But you said…!”

“Dan kau kena balik Johor dan jaga Nawal.”

Barulah terdiam dia. Kelu bila isu Elisa dinaikkan, dan terkejut juga sebab abangnya itu membangkit hal jiran mereka itu. Saiful menundukkan kepalanya tanpa mengalihkan pandangannya pada Syafik. “Apa sebenarnya yang abang fikirkan…?”

Dia tersenyum. “Kalau abang bagitau, kau akan ikut cakap abang dan balik ke Malaysia?”

Mencerun dia. “That depends.”

Dan kekal tersenyum. “Sebab abang taknak kau take over the job and personally I want you to go back dan sambung study….”

“Macammana kalau Saif sambung study kat sini? Pun boleh, kan?”

“Jadi macammana dengan Nawal?” Nada Syafik keras sedikit, mula nak mengancam.

Jatuh bahu Saiful dibuatnya. Keruh riaknya, menentang muka kosong tak berperasaan itu. Apa dia yang abangnya fikirkan…? Dia pasti sangat si abang ini tidak mahu menurut kata-kata ayahnya, tetapi kenapa tiba-tiba dia bersetuju? Dan apa dia yang nak dirahsiakan sangat dari dia…? Dan kenapa dengan Elisa…?!

“Kau dengar tak cakap abang, Saif?”

“Saif tak pasti kalau abang bercakap benar atau tidak…”

“Kau dengar tak cakap abang, Saif?” Baik sekali nada Syafik keluar, laksana kata-kata ibu yang sangat penyayang sifatnya melayan anak yang juga taat sifatnya.

Saiful mengecut sedikit. Entah kenapa gerun pula mendengar nada yang manis itu. Sebab bernada ancam. “Saif ingatkan abang nak kita balik bersama…”

Tertelan liur dia seketika. “So you’ll listen to me, aren’t you, you wise man?”

Sangat mencurigakan, tetapi Saiful tidak rasa dia akan mendapat jawapan yang diingini jika terus ditanyakan pada si kepala aluminium ini. Lalu pandangan matanya dialihkan pada kumpulan lelaki dewasa itu. Tajam sekali mata mereka merenung mereka adik beradik. Saiful semakin pelik. Ayahnya pula dipandang. Sama dengan Syafik, wajah itu langsung tidak beriak. Kosong dan gagal dibaca mahupun dicipta spekulasi!! Huh! Dasar anak beranak!

“Tapi…” Syafik dipandang lagi. Tangan si abang yang masih melekat di bahunya ditolak perlahan sambil kaki berundur setapak ke belakang. “Saif takkan balik kalau abang pun tak balik…” Dia turut membuat keputusan yang tidak diingini. Wajah siap diangkat dengan riak mencabar – cubalah buat Saif balik sengsorang!

Syafik terkedu, lalu mengeluh. Ian kekal senyap, manakala lima lagi lelaki dengan suit itu berpandangan.

We only need one of your successor, Ian, remember that.” Salah seorang daripada mereka berkata. Syafik mengerling ke belakang, dan Saiful menoleh. Hampir serentak. Ian kekal senyap dan terus senyap tanpa sebarang riak muka, seperti sudah disumpah menjadi batu lagaknya. Pandangan matanya masih pada anak-anak lelakinya. Tidak berubah. Seperti mengharap. Syafik dan Saiful memandangnya, sebelum berpandangan sesama sendiri.

“Ada sesuatu yang Saif tak tahu, kan?” Si abang disoal. Syafik menjungkit bahu.

“Apa yang buat kau fikir abang tahu semuanya?”

Senyap lagi dan kembali berpandangan.
Previous: Egann 8
Next: Egann 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.